Hello, assalamu'alaikum hampaa! Kyaa~ berjuta tahun lamanya aku tak update blog gilaa. Kangen banget sama kamu semua sihh! Pengen update blog ini tapi line enggak ada. Indonesia pulak aku yerr. Takmau takmau! Hee. Okey, balik kepada tajuk cerita kita. JCC 2011.
Kelmarin (11.09.2011) tapi aku type ni pukul 12.07 a.m. so 12.09.2011 la nohh SMKI yg kami sangat sayangi telah mengadakan satu carnival iaitu Japanese Culture Carnival.
Huhu..Serious aku tak mai sekolah kelmarin pun takpa sebab tak belajaq langsung. Aku just datang masa carnival tu jaa. Hahaha. Oleh kerana aku, Hakimah, Alya ngan Huda tak masuk apa-apa persembahan, kami dikehendaki mencuci / membersihkan dewan demi sijil. Hahaha. Yg paling nak kena taboh ngan aku, Rinisha sebab dialah ketua kebersihan tapi dia yg tak mai. Yg Darshanaa buat lupa diri balik rumah teroih lagu tu jaa. Takpa Darshanaa, nanti kami tolong report kat Shima Sensei yg hang tak mai buat ghejaa. Kami suka :)

Ni aku nak cerita laa sepanjang carnival tu en. Sekolah Che Tom ngan Sekolah Mohd Jiwa pun mai sebab depa pun belajaq bahasa Jepun.1st, kami pi laa husya-husya sat pameran yg ada kat dalam dewan tu lahh. Seriously KAMI TAK TAU NAK BUAT PA. Soranbushi untuk yg ground tu start kol 3 and aku dok dalam dewan and aku taktau. So, aku tak pi tengok pun. Takpalah. Antara pukul 3 ngan pukul 4.15 camtu , tinggal aku ngan Hakimah jaa sebab Alya ikut bini dia, Huda pi pakai Yukata. Comeyy. Depa melupakan kami so, kami pusing satu sekolah macam takdak arah nak tuju. Yg Hakimah hingaq dok lapaq ayaq. So, kami pi kelaih sebab ayaq kami kat sana. Pastu dok situ sat, mai balik. Hakimah meloncat-loncat kempunan nak tangkap anak-anak ikan kat dalam kolam kepunyaan anak Shima sensei la kot. Tapi bila dah nak dekat turn Hakimah, tak jadi pulakk. Dia kata dia nak tengok jaa. So, takpalah. Dia nak try tapi lama-lama give up.
Then, kami masuk balik dalam dewan tuu. Tak start-start lagii. So, kami buat round yg kedua pulak. Yg aku teringin gilaa sate. Sekali tengok orang beratoq, errm.. takpalah. Tak jadi. Aku tengok 3 kali kot orang dok ramai tu jugakk. Aku malaih gila nak beratoq. Betapa hantunya aku yg aku pi kebas sate orang depa beratoq penat-penat aku kebas lagu tu jaa. Hahaha. Sekali-sekala. --' Punya lah nak perhabis masa dengan activity-activity yg takdak motif langsung tuu.
Lepaih tu, kami pun masuk dok senyap-senyap kat kerusi tuu. Persembahan pertama fashion show (Yukata) dari Sekolah Che Tom. Err, no comment. Then, saat-saat yg kami nantikan sangat-sangat sampai aku ngan Hakimah getaq lutut nak melompat menari kat situ pun ada sebab lepaih fashion show tu SORANBUSHI! Hahaha, dahlah tak masuk dok buat muka tak malu nak menari kat situ pulakk. Hahaha. Aku bagi 4 setengah bintang jaa kat depa. Kira bagoih dah la tu performance depaa. Aku genyeh sambil terinjut-injut dok ataih kerusi tuu. (Amboih over sangat aihh) Hahaha. *Tokok tambah jaa.
Lepas tu, benda pa gi taktaw? Nyanyian solo ka koir tak taw? Err, entahlah. Aku tak mau comment 2 performance tuu. Haa, tudia nyanyok dahh. Takpa arr, yg pastinya aku suka ngan persembahan Arashi dari SMKI. Yurpp. Sebab Kumi sensei kawaii! Comeyy tahap cipan. Takdak sapa boleh menandingi dia. Tudiaa. Yg penari belakang tu aku tak tengok pun. Aku tengok sensei jaa sebab dia paling menyerlah. Hahaha. -.-' Hasam. Aku tak sangka pulak abang Coop SMKI ada banyak peminat. Dia pun nak nyanyi gakk. Okey paa suara dia daripada dok kat depan tu nak nyanyi jaa suara tak keluaq. Buat gabaii jaa. Aku bagi 4 suku bintang la kat diaa. Apa masalah aku ni nak bagi bintang kat orang ni? Hahaha. Pulon.
Lepas tu adalah macam-macam lagi and aku malaih nak cerita. Okey lepaih dah selesai semua aku, Hakimah, Alya ngan Huda kena angkat meja. Lepas angkat meja semua tu kami melarikan diri balik ke rumah tanpa pengetahuan sensei. Hantu gilaa. Boleh tahan laa Carnival ni. Tahun depan buat la lagi tu pun kalau aku panjang umoq dan tengok carnival tu. Sekian, wabillahitaufik walhidayah. Wassalamu'alaikum waramatullahi wabarokatuh. Adio0ss amigo0s! (",) [-,-]' <--+---
No comments:
Post a Comment