Thursday, 16 February 2012

Pleasure.

Assalamualaikum.

Yeahh. Today aku tak stay. Seronok betul. Tapi pagi tadi ada Majlis Maulidur Rasul macam yg aku habaq kat entry sebelum ni an. Banyak pengetahuan yg kami dapat selain dapat tidur. --' Yg tu effect yg pertama sekali kalau ada ceramah-ceramah ni. Whateverlah. Yg penting, kita kenalah sentiasa ingat akan perjuangan Nabi kita dan hari keputeraan Baginda Rasulullah S.A.W. Yeah! 

Okay. Back to our topic, 'pleasure'. Sebenaqnya, aku pun taktau apa kaitan tajuk nih dengan apa yg aku nak cakap sekarang nih and sebenaqnya, sekarang nih aku moody sangat-sangat sebab aku rasa menyesal apa yg aku telah buat sebelum ni. Actually, aku bukan la buat silap besaq, dosa besaq. Aku just menyesal la dengan sikap aku yg tak matang lagi nih. Kalau cakap ikut dan ja. Kadang-kadang, aku rasa macam 'setan banyak gila kat badan aku'. Setiap kali aku rasa centu, aku akan ucap A'uzubillahiminaisy syaitonirrajim'. Ya Allah. Aku berlindung daripada syaitan yg direjam.

Sejak akhir-akhir ni, aku rasa macam semacam dah jadi dekat aku. Aku rasa macam teringin nak bersendirian. Takmau join or lepak-lepak ngan kawan-kawan aku. Aku nak bersendirian sangat-sangat. Lagipun, minggu ni letih sangat. Aku macam.. entah. Pelik gila kot. Huuurmm. Tapi, apakan daya, aku takleh nak laksanakan nawaitu aku tuh. And harini, aku sebenaqnya moody, sakit kepala. But, I'm still covered it. Yg tu yg pertama punya. Yg second pulak, aku terpaksa acting depan buddies sebab aku kena bohong depa konon Cikgu nak masuk kelas padahal cikgu terpaksa balik awal. Aku kena buat muka innocent plus moody plus serious. -,-' Terseksa gak ar. Dah la aku memang moody, kena belakon serious pulak tuh. Tadi pun aku macam... ugghhh. Kenapalah aku datang sekolah hari ni? 

Okaylah. That's all for today. Assalamualaikum :) Smile always, yea!

Tuesday, 14 February 2012

Please ?

Assalamualaikum.

Hye. Seriously, minggu ni aku kena stayback kat sekolah. Hari Sabtu (11.02.2012) aku, Sofea ngan Adlin stay nak buat homework. Nawaitu kami memang la nak buat homework. Aceyy. Stay sampai kol 5 centu lah. Adlin stay sampai kol 4 jaa. Lepaih sekolah tu, gebang-gebang la sat dalam kelas. Pastu, pi kantin beli nasi goreng. Makan kat mana? Kat kelas jugakk. HAHAH. Then, gebang balik dalam kelas. Pastu, pi sembahyang. Lepas sembahyang, gebang balik. Gebang sampai pukul 4. Then, lagi sejam tu baru kami start buat homework. Memang bagoih pun an. Bagoih dalam pengurusan masa wey. Asalkan, nawaitu nak buat homework tu, dilaksanakan. ;D *statement adik-beradik lutong*

Hari Ahad tuh, stay untuk Persatuan Agama Islam. Kakak senior kami cakap nak bincang pasai usrah jaa. Then,  ustazah Sobiroh cakap, dia nak buat satu aktiviti kerja amal la. Kami kena cari buku-buku yg b'kaitan agama dekat dewan dalam asrama putera. Buku-buku senior tahun lepaih depa nak buang laa. Nasib kami sempat la nak selamatkan buku-buku agama kat situ sebab ada ayat Al-Quran. Alhamdulillah. Pastu, masa hari Isnin tu, tak stay. Kalau tak ada rumah sukan. Tapi, rumah sukan lain laa. Nasib bukan rumah Syed Jan. Tapi kalau ada pun kena postpone pi hari Rabu sebab ada perlawanan bola sepak . Aku malaih la nak stay. Penat tahap tenuk kot. Ada la segelintiaq orang yg stay sebab nak tengok perlawanan tuh. Tak kesah lah.

Pastu, harini (Selasa), ada perjumpaan Pandu Puteri. Gelong wey. Penat kot. Tadi masa perjumpaan aku tertidoq. Lantak ar aku kisah apa. HAHAH. Tak arr. Harini takdak pa aktiviti sangat. Just ajaq budak Form 1 yg mana depa taktau lagi tuhh. Then, hari Rabu esok, aku kena stay lagi untuk Ping Pong. WTH. Esok kena teman Ezzanie pulak untuk nasyid. Dah la nak lawan 25 hari bulan ni. Adakah itu patut? Kesian ngat aih. Kena rush kott. Haihh. Ezzanie baru ja jumpa lagu nasyid. Rumit rumit. Patu, hari Khamis, aku berdo'a agar pada petang tu takdak apa2. Aku nak tidoq kat rumah !!!! Tapi pagi tu ada majlis Maulidur Rasul. Dari pukul 7.30 pagi until 11 pagi. Alaaa. Awat tak buat sampai habeh sekolah? ;D

Okaylah weyh. That's all for today. Have a nice day. Aku nak tidoq. Kaybye. Assalamualaikum ! :)

Sunday, 5 February 2012

Welcome !!!

Assalamualaikum :)

image

Dengan kesempatan yg ada sekarang ni, saya, Nang Asmahannan ingin mengucapkan Salam Maulidur Rasul. Marilah kita memperbanyakkan selawat kepada Nabi kita, Nabi Muhammad S.A.W. Sesungguhnya, bagindalah idola kita. Perjuangan dan pengorbanan baginda tidak dapat dibalas. 

"Barangsiapa yg berselawat kepadaku sehari dalam 1000 kali, maka ia tidak akan mati sehingga ia digembirakan dengan syurga." 

-Riwayat Abus Syaikh dari Anas

Baiklah. And, weyyy! Akhirnya. Sekarang ni aku dah ada kawan di rumah :') Rabbit-rabbit yg tomey-tomeyku. Last entry haritu aku ada cakap nak boh nama 'Niko' kan? Jyeahh. I thought my mom bought 1 rabbit only. Tengok-tengok 2 ekor. -_____-  Suami isteri wey. So, yg si betina aku kasi nama "Sandy". While the jantan is "Jimmy" HAHAHA. Maklumlah kan Jimmy Neutron :P But, I think it's Cindy not Sandy. HAHAH. Lantak lah. Yg pasti, depa ada nama cukup nohh.

Kayy. Esok, (5/02/2012) aku kena presentation for Sejarah. WEY SAKIT OTAK DAN-DAN BAKHANG. Wey, do'akan aku la noh untuk esok. Satgi dok terketaq-ketaq lutut apa pun tak boleh jadi. Illek~  Okaylah. Cek nak sambung baca Sejarah. BoyboeeyY~~ Assalamualaikum.. Annyeong :)

Friday, 3 February 2012

Honestly, my heart is hurt.

Assalamualaikum.


Hye semua. Yeahh. Harini aku sedih sangat. Ya lah. Aku dah lama simpan perasaan geram kat dia. Setiap kali dia cakap ngan aku, rasa macam aku ni annoying gila. Kalau aku komen panjang-panjang pun, dia macam malas nak layan. Geram gak ar. Kalau aku cakap baik-baik ngan dia pun, dia bukannya nak balas elok-elok. Kadang-kadang rasa macam aku ni cakap sorang-sorang. Yeahh. Aku tau ramai orang tak suka aku. Ramai orang tak sayang aku. Ramai orang benci ngan perangai aku. Yeahh. Aku admit yg aku ni memang teruk orangnya. Sorry sangat-sangat kepada yg tak berapa nak suka kawan ngan aku tu kan. For the readers, selepas baca entry ni jangan tanya aku sapa orangnya okay? Allah and I only know about this. Thanks :)

Manusia tak perfect. Ingat? Manusia bermaksud pelupa. Manusia nih takleh lari drpd berbuat kesalahan. Semua manusia kat dunia ni pernah buat kesalahan. So, kalau aku pernah buat kesalahan kat hampa-hampa yg sedang membaca nih, aku mintak maaf sangat-sangat. Mulut aku nih kadang-kadang sukar dikawal. Tangan aku ni tak sah kalau tak buat orang. Nak buat cena kan? Mesti ada certain certain hampa ni menyampah gilaa ngan aku an? HAHAH. Kay, I'm admitted it. It's okay. 

Jyeaahh! Harini mak aku nak beli rabbit, Urrmmm... Nak bagi nama pa taktau? Hahax! Niko boleh? Sebab Niko tu bermaksud kucing dalam bahasa Jepun. Mak aku cakap, rabbit ni macam kucing Parsi. That's why I wanna give him/her name is Niko. Oh God. I'm so excited. I'm waiting for you, Usagi :}
So, aku sekarang ni dah ada kawan dekat rumah. Alhamdulillah. Takdak la aku nak cakap dengan cermin lagi hari-hari an? :DD

Okaylah. That's all for today. Thanks for reading. Kalau ada yg terasa, sorry kay. Byebye. Assalamualaikum :)




Thursday, 2 February 2012

C O U P L E

Assalamualaikum..


Bismillahirrahmanirrahim.

Couple itu berpacaran atau bercinta berlainan jantina. Yaa. Bila dah masuk peringkat remaja, macam-macam perasaan yg mai. Obviously, masuk alam remaja, kita akan suka kat seseorang. Hang takleh nak bohong la kata hang tak suka sapa-sapa. Penipu la tuh. Okay. Cinta itu anugerah daripada Allah yg paling terbaik. Tapi, apakan daya? Dewasa ini, manusia banyak mengeksploitasikan cinta tersebut. 

Sesungguhnya, Dalil yg lebih kuat menentang hubungan percintaan ini terdapat dalam Surah Al- Israa' (17) ayat 32 :
“Dan janganlah kamu mendekati zina; sesungguhnya zina itu adalah suatu perbuatan yang keji dan suatu jalan yang buruk.”
Dengar-dengar cerita orang la kan, couple itu haram. Really? It's not actually di mana couple itu adalah sebagai jalan untuk mengenali pasangan masing-masing dengan lebih dekat. Indeed. Couple itu sememangnya seronok. But, must be careful, sentiasa ada orang yg ketiga. Di zaman teknologi yg maha canggih nih, banyak la benda-benda a.k.a syaitan yg membolehkan kita berhubung terutamanya "boyapren" kita. Benda ni la yg membuatkan syaitan mengambil kesempatan kat kita.

Sebenaqnya, apabila seseorang tu saling berhubung dengan "boyapren" dia melalui SMS, itu dipanggil zina hati. Kalau saling merindui dan saling mengingati, zina hati jugak tuuh. Apabila bertentangan mata antara satu sama lain, itu dipanggil zina mata.

Cuba renungkan ini :-


1. Orang yang bercouple tak mungkin menundukkan pandangan terhadap kekasihnya.
2. 
Wanita akan bersikap manja & mendayukan suara saat bersama kekasihnya.
 3.Orang yang bercouple, boleh dipastikan selalu membayangkan orang yang dicintainya (zina hati)
Yang haram tetap haram…

p/s : Benda nih untuk diri aku dan para pembaca. Kepada kawan-kawan aku yg mengetahui tentang aku, terima kasih sebab memahami aku. Pengajaran buat aku. Alhamdulillah. Thanks a lot to Allah. May Allah bless you all :)

Kecoh January 2012

Assalamualaikum


lolsofunny.com
Sorry takdak kaitan.

Bismillahirrahmanirrahim.

Hye semua. Lamanya tak update blog. Dari 13 January aku tak update blog. Yeah. Homework BERKANDAQ. This week, (29/1-2/2), aku tidoq lewat tahap cipan arr. Last malam Ahad haritu, aku tidoq pukul 3 lebih. Esok sekolah wey. Fuhhh.. Takleh tidoq because of my niece. Ugghhh. Menangis , mamai tak habih-habih. But, that's not the problem. Now, the problem is, otak aku dah rasa macam nak meletup. Letih laa :( 

FYI, during this week, aku asyik stay back jaa. Ahad , stay back for Persatuan. Isnin for rumah sukan. I HATE YOU. Selasa, actually perjumpaan Pandu Puteri dibatalkan. But, my friend, Sofea, dia kena stay sebab mak dia tak boleh ambik dia kol 2.50. So, she must stay until 6.00 p.m. Kalau aku tak stay, dia kena duduk sorang lah. Aku kesian. So, stay jalah.. Rabu is for Permainan. Alhamdulillah. Aku masuk ping pong. Seriously, it's fun! Boleh dikatakan 95% budak perempuan 2A6 join Ping Pong Actually, aku Badminton. But, huuurrmmmm (-____-) AKU TAKDAK GENG AND IT'S BORING. Aku bukan habaq kat cikgu pun yg aku out dari permainan tuh. Bagus kan? ._. And then, hari Khamis, takdak papa pun. So, aku tak stay. Nyot Nyot. Asdfghjklqweryuoooppp!

Sejarah hitam berlaku kat aku sepanjang January tuh. Perrghh. Gaduh teruk aku ngan budak tuh. Dia buat benda yg tak sepatutnya. That's why aku marah la wey sampai satu family aku pun rasa macam nak jumpa dia. Well, lama kelamaan, aku pikiaq ke arah yg lebih positive. Yeahh. Sometimes, I must think rationally. Benda centu memang la teruk but aku dah maafkan dia. Kita kena saling memaafi sesama manusia. Itu yg penting. Anyway, aku tetap takkan lupa benda yg dia buat kat aku. Okay, lupakan.

And, Cikgu Norita telah merombak semula tempat duduk kami. Aku duduk sebelah Hakimah. Yahooo! Untunglah aku dapat dok tepi dia. HAHAHA. Kekadang dia kejam jugak. HAHAHA. Nyot Nyot. Farhanah sat in front of me while Ezzanie sat beside her. I mean, in front of Hakimah too. Adlin, duduk hujung sekali, tepi Ezzanie. Derek buat geng kan? HaHaHaHa.

Wey! Aku kena buat presentation for Sejarah. (PERSONALLY). First, teacher point kat Azril. She said "Okay Azril. Kamu present muka surat BLA BLA BLA" Then, dia cakap "Okay, Azril? Boleh?" Lepaih-lepaih dia cakap kat Azril tuuu.. teruih dia cakap "Haa.. NANG. NANG, kamu buat muka surat BLA BLA BLA". "Sharma, kamu buat soalan untuk apa yg NANG present tuh, okay". Phuihhh. What The Fish.

Okaylah. That's all. Hope you enjoy with this entry. Sorry kalau ada yg kekurangan. Thanks for reading. Kay, Assalamualaikum :)