Hey, sweetie. Lani aku dah takdak akai nak cerita apa dah kat hampa. So, aku cerita pasai minatang ni jalah.
Habbo. Satu permainan di internet yg dah semakin famous dan menulaq di seluruh dunia. Satu dunia main game ni. Mula-mula kawan aku yg recommend game ni. Dia dok sebut Habbo, Habbo. Yg aku dok pikiaq, dia ni dok kata HABUK tak abih-abih. Aku tak paham sungguh. Sekali dia tulis kat satu kertas. 'H-A-B-B-O'. Baru aku memahami. Hahaha. Dia sebot tu macam habok dah aku dengaq.
Game ni macam orang-orang lhaa. Ala-ala the Sims la en. Tapi The Sims hebatt lagi. Tapi yg sedihnya, The Sims pakai CD. Bukan pakai internet. Dia takleh chit-chat ngan orang macam Habbo. The Sims, tau makan, beranak, kahwin, berak semua tu. Tapi Habbo 10% jaa boleh buat. Tak semua dia boleh buat macam game The Sims. Yg lagi mantopnya ialah Habbo ni boleh sembang ngan orang, boleh pi lepak kat room orang, boleh gadoh ngan orang, boleh kacau couple orang. Macam-macam lagi lah. Yg paling lawak, orang dia Ketod-ketod. Ngeee~ Orang dia macam ni -->
Game ni ada 2 jenis duit laa senang cakap an iaitu Pixels dan Coin. Pixels ni memang dapat free especially kalau kita buat quests. Tapi tulah, furniture dia semua tak best. Bosan. Kalau nak furniture best-best, kena guna Coin. Coin ni dia kena beli by handphone. RM5 untuk 8 coins kot tak silap. Mahal kan? Hurmm. Kalau taknak beli, kena main satu game ni kat FF Rooms. Dia kena berebut kerusi. Sapa menang dapat free furniture. Tapi aku selalu kena kick bila aku pi situ. Macam nak pi sepak ja kepala sekoq-sekoq biaq sampai gilaa. Hissshh.
Saja la nak habaq bila aku login Habbo, aku suka lepak kat tempat ni . Ni park. Ramai budak Melayu mai lepak kat sini. Aku suka cari gadoh ngan depa. Kadang-kadang kacau couple. Pastu, depa break time tu jugak. Jahat gila aku. Tapi aku tak buat dah kerja haram tuu. HAHAHAHA. Ni la park tuu -->
Konon ada bas kat tepi tu. Padahal tak jalan langsung. Beratoq punya terok. Meluat aku. Hewhew :3
Haritu aku ngan Adlin main Habbo sekali. Bestt kot. Rumah Adlin kaya gilaa. Tu pun hasil daripada dia menang game FF tu laa. Hebat betoii. Then, Adlin bawak aku pi rumah adek dia pulak. MasyaAllah. Adek dia lagi lah hebat. Semua furniture pakai Coin bakhang. Yg tu pun hasil dia main FF gakk. Pastu, Adlin kata dia nak buat satu family dan duduk kat rumah adek dia. Antaranya ialah dia, aku ngan adek dia. Dia Kak Long, aku Kak Ngah, adek dia, Adik lhaa. Adlin decorate baleh segala mak nenek barang yg ada kat dalam rumah adek dia tuu. Serious lawa. Aku takleh tolong dia decorate sebab aku kena pi gheja. Boss aku dok buat hingaq pa taktau suroh pi gheja. Aku cepuk gak muka dia satgii.
Semenjak dua menjak ni, aku gheja Kastam. Pergghh, ramai gila orang mengorat aku. Hahaha. Menyampah betoii. Antara perkataan pertama depa sebut "Hye". Then, "Umo berape tahun". Pastu, "Nak fb boleh". Ada jugak manusia dia kata camni "Jom dirty message jom". Sekali aku balun ayat ni kat dia "ASTAGHFIRULLAHAL'AZIM. INGAT ALLAH" . Diam teroih orang tuu. Tak layan dah. Senyap sepi. Lawak nak mampoihh.
Selepas tu, aku dikhabarkan bahawa pertubuhan dan tempat kerja Kastam tu, diroboh dan dibuang selama-lamanya. Sumpah lawak. Aku baru kerja 2 hari dah bankrupt. Gilaa. Then, aku pi gheja Police. Perrghhhh. Office besaq, tengok-tengok 2 buah kerusi ja kat situ. Aku kagum gilaa. Boss aku ni dia baik sikit. Dia bagi right. Pastu dan lagi nak main teka-teki. Gilaa betoii. Aku buat gheja acuh tak acuh. Tapi teroih dapat pangkat Major. Pastu, kawan-kawan aku yg gheja sekali ngan aku masa aku gheja kat Kastam dulu, semua pakat mai gheja kat sini. Gilaa lawak. Aku suka kick kawan aku. Hahaha. Pastu, dia tanya sapa kick, aku diam laa. >.<
Habbo jugak ada sekolah ooo. Sekolah agama ada, sekolah kebangsaan pun ada. Aku try pi sekolah kebangsaan punya en. Pastu aku tiba-tiba kacau line orang jadi cikgu, pastu aku ajaq depa Bahasa Jepun ngan Korea. Pastu aku kena marah ngan cikgu yg aku kacau line tadi tuu. Pastu cikgu tu kena marah balik oleh murid-murid kat situ sebab depa lebih suka aku ajaq depa daripada cikgu yg ajaq depa tadi tu. Baru padan ngan muka hang. Taktau sapa aku.
Hahaha. Itu ja kot cerita aku pasai minatang ni. Opss sorry. Game ni. Habbo. Awesome tak? Tak awesome? Memang bagi hampa tak awesome tapi bagi aku awesome sangat-sangat. Jam dah menunjukkan tepat pada pukul 2.07 pagi. Aku dah ngantokss. Byebye. Assalamu'alaikum. --> Adio0s amigo0s !!
Credit to : Adlin